Saturday, March 10, 2018

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT

Ayam goreng ialah daging ayam yang dicelup ke dalam salutan, kemudian digoreng jeluk, digoreng kuali atau digoreng tekanan. Salutan tersebut mengekalkan air daging sambil menyerap lemak ayam. Daging ayam itu boleh ditanggalkan tulangnya dan/atau dikupas kulitnya, atau sebaliknya.

Ayam goreng paling banyak dimasak menggunakan penggoreng tekanan, kerana inilah kaedah penyediaan yang paling cepat. Air dalam daging ayam mengewap lalu keluar melalui minyak dalam kebuk yang tertutup, sekaligus menambahkan tekanan dan merendahkan suhu memasak yang diperlukan. Wap tersebut juga memasakkan daging ayam sambil memastikan isinya lembap dan lembut di dalam sadur rangup.

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT

BAHAN BAHAN
500gm Isi ayam yg telah dibersihkan,diasingkan dari tulang dipotong2 kiub sederhana besar
3 sudu besar kunyit serbuk*
1 sudu besar cili kisar*
2 ulas bawang putih - tumbuk halus*
2 sudu kecil tepung beras*
2 sudu besar air*
2 sudu kecil serbuk cukup rasa*
1 biji bawang holland dihiris
3 tangkai kacang panjang- patah2kan 2 inci
Garam & gula ( sikit ) secukup rasa*
Minyak masak secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
Perap ayam dengan bahan2 bertanda (*) selama 10minit.

Panaskan minyak yg agak banyak dalam kuali (goreng ayam pastikan ayam tenggelam).

Bila minyak dah cukup panas masukkan ayam dan gorengkam hingga masak dan agak garing .

Ayam dah masak, angkat dan toskan.. keluarkan minyak dari dalam kuali sehingga berbaki 2-3 sb sahaja minyak dalam kuali tersebut.

Hidupkan semula api dan tumiskan bawang besar holland dan kacang panjang hingga masak.. tutup api, angkat dan satukan dgn ayam yg telah digoreng tadi.. gaul sekata.



No comments:

Post a Comment