Saturday, March 10, 2018

RESEPI DALCA RUSUK KAMBING

Masakan India Malaysia, atau proses memasak daripada masyarakat etnik India di Malaysia terdiri daripada penyesuaian hidangan asli dari India, serta ciptaan asal yang diilhamkan oleh budaya makanan yang pelbagai di Malaysia. Disebabkan sebahagian besar masyarakat India Malaysia berketurunan India Selatan, dan kebanyakannya etnik Tamil yang merupakan keturunan pendatang dari kawasan bersejarah yang terdiri daripada negeri India moden Tamil Nadu dan Wilayah Utara Sri Lanka, sebahagian besar masakan India Malaysia kebanyakannya diilhamkan dalam sifat dan rasa Selatan India. 


RESEPI DALCA RUSUK KAMBING

BAHAN BAHAN
Rebus kacang dal siap siap dengan tulang rusuk di dalam periuk tekanan dahulu sebelum memulakan memasak dalca ini . 

Bawang Merah (hiris) 
Cili kering 
Daun kari 
Biji sawi 
Kayu manis , pelaga dan cengkih 
(Bahan tumisan pertama)

Bawang merah dan tomato biji(kisar) 
Bawang putih dan halia (kisar) 
(Bahan tumisan kedua)

Serbuk kari daging
Serbuk kunyit
Serbuk cili kasar 
(Campurkan siap siap dengan air)
(Bahan tumisan ketiga)

Air asam jawa
Cuka 
Minyak goreng ayam 
(jika tiada pakai minyak
Biasa) 
Cuka (tiada pun takpe tambahkan air asam jawa atau asam keping) 
Susu cair 
Lobak merah
Terung bulat
Kentang 
Kacang panjang

PROSES PENYEDIAAN
Mula mula panaskan kuali . Masukkan minyak, letakkan sesenduk atau 2 sudu besar minyak Sapi . Masukkan bahan tumisan pertama sehingga berbau wangi 

Kemudian masukkan bahan tumisan kedua sehingga wangi pula Kemudian dah garing masukkan bahan tumisan ketiga. Goreng sehingga pecah minyak. Tambahkan  air, 

Kemudan masukkan kacang dal dan tulang rusuk kambing yang telah di rebus dahulu , masukkan susu cair, air asam jawa. Kacau dan tambah air .

Mendidih masukkan sayur sayuran. 

Biar atas dapur sehingga mendidih dan kecikkan api sehingga terbit minyak lagi.Garam dan serbuk perasa
(Jika suka )

*nota daging kambing boleh ditukarkan kepada daging lembu atau kaki ayam.


No comments:

Post a Comment