Thursday, March 08, 2018

RESEPI SERUNDING HALIA


Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dll.

Serunding berasal dari Negeri Kelantan Darulnaim dan banyak diusahakan secara tradisional di Kampung Laut, Jajahan Tumpat, Kelantan. Kini Kampung Laut menjadi pusat pembuatan serunding yang terbesar  di Malaysia.

BAHAN BAHAN
  • 1kg halia dibersihkan dan di parut kasar
  • 300g ikan bilis
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Minyak secukupnya

CARA PENYEDIAAN
  • Goreng halia  hingga rangup dan ketepikan.
  • Goreng pula  ikan bilis  hingga rangup dan ketepikan.
  • Toskan minyak nya dan biarkan kedua2 nya sejuk.
  • Satukan kesemuanya  dan gaul rata.
  • Siap dan simpan dlm botol kedap udara

No comments:

Post a Comment