Saturday, March 10, 2018

RESEPI PUDING SUSU MOZAIK

Puding adalah jenis makanan yang boleh jadi sama ada pencuci mulut yang manis atau hidangan savori. Perkataan puding adalah dipercayai datang dari bahasa Perancis boudin, yang berasal dari bahasa Latin botellus, yang bererti "sosej kecil", merujuk kepada daging bersalut yang digunakan dalam puding abad pertengahan Eropah.


RESEPI PUDING SUSU MOZAIK

BAHAN BAHAN PUDING
20gm agar agar serbuk tanpa warna (jenama swallow)
1000ml air masak
200gm gula pasir
Beberapa pewarna pilihan

PROSES PENYEDIAAN
campurkan air masak, gula pasir dan serbuk agar agar ke dalam satu periuk. Gaul rata.

Nyalakan api dapor dan masak campuran bahan bahan hingga sebati dan mendidih sedikit.Terus mengacau larutan puding semasa proses memasak

Bila mendidih, padamkan api dapor. sukat larutan dan warnakan. Masuk ke dalam bekas bekas berasingan bagi setiap warna yang berbeza.

Apabila puding  berwarna mengeras, potong kiub yang kecil2. Masukkan puding berwarna yang telah dipotong kiub ke dalam bekas masing masing. Jangan campurkan dulu. Ketepikan.

**********************
BAHAN PUDING SUSU 
20gm agar agar serbuk tanpa warna (jenama swallow)
200gm gula pasir
400ml air masak
400ml susu isian sejat/susu cair

PROSES PENYEDIAN
Apabila puding berwarna siap dipotong potong kiub, bolehlah kita sediakan puding susu pula.

Campurkan semua bahan bahan puding susu ke dalam periuk. Masak hingga mendidih sedikit. padamkan api dapur.

**********************
PENYEDIAAN PUDING SUSU MOZAIK
Basahkan acuan/loyang pilihan dengan isipadu 2000ml.

Sekiranya terdapat air yang terhasil dari puding berwarna, tapis dan buang dulu airnya.

Masukkan puding berwarna ke dalam acuan dan masukkan acuan tersebut ke dalam freezer selama 3 minit. 

Selepas 3 minit, keluarkan acuan dari freezer dan sendukkan larutan puding susu perlahan lahan ke dalam acuan.

Apabila larutan puding susu siap di isi ke dalam acuan, gunakan sudu dan kacau dengan perlahan untuk puding berwarna bercampur campur.

Keraskan Puding Susu Mozaik sebelum dikeluarkan dari acuan. Potong dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment