Saturday, March 10, 2018

RESEPI KEK DUA LAPIS

Kek moden, terutamanya kek lapis, biasanya mengandungi campuran tepung, gula, telur dan mentega atau minyak, dengan beberapa kelainan yang juga memerlukan cecair  dan agen penaik (seperti yis atau serbuk penaik).

Bahan perisa seperti puri buah-buahan, kacang, buah-buahan kering atau halwa, atau pati buah sering ditambah, dan banyak bahan-bahan utama boleh diganti. Kek sering diisi dengan buah-buahan diawet atau sos pencuci mulut (seperti krim pastri), ais dengan butterkrim atau icing lain, dan dihiasi dengan marzipan, tepi berhias atau halwa buah-buahan.

RESEPI KEK LAPIS DUA RASA

BAHAGIAN A
200g horlicks
200g milo
1 1/2 gelas tepung naik sendiri
1-1/2 gelas tepung biskut marie
1tin rendah sri kaya

BAHAGIAN B
15biji telur
1sudu makan ovallete
1gelas gula halus
Pukul bahagian B sampai kembang. Ketepikan

BAHAGIAN C
450g mentega
1-tin rendah susu pekat manis
Pukul bahagian C sampai kembang dan putih

PROSES PENYEDIAAN.
Satukan bahagian B dan C. Pukul sampai sebati. Baru masukan sri kaya dan ,tepung biskut marie. Pukul sebati.

Kemudian masukan tepung naik sendiri. Gaul sampai sebati guna senduk sahaja.

Bahagikan kepada dua bahagian
Bahagian 1 untuk milo
Bahagian 2 untuk horlicks

Kukus berlapis lapis mengikut banyak mana bahagian yang disuka.

No comments:

Post a Comment