Friday, March 09, 2018

RESEPI BIHUN HAILAM

Mihun (atau mi siam di Selatan Malaysia) merupakan nama salah satu jenis makanan dari China, bentuknya seperti mi namun lebih tipis. Dalam bahasa Inggeris disebut rice vermicelli atau rice noodles atau rice sticks. Sebutan asal mihun ialah "bihun", yang berasal dari bahasa Cina, iaitu "bi" iaitu berasdan "hun" iaitu tepung. Bahan mihun sendiri dibuat daripada tepung beras. Makanan tersebut sangat terkenal dari negara Chinadan Asia Selatan, seperti India.

RESEPI BIHUN HAILAM


BAHAN BAHAN
1/2 bungkus bihun
Minyak
1/2 biji bwg besar (dadu)
5 ulas bwg putih (ketuk)
1 cawan isi ayam (dipotong dadu)
1/2 cawan mushroom segar
5 gelas air
carrot 
Bunga kobis
Udang
Sawi
5 sudu sos tiram
3 sudu besar sos cili
1/2 cawan kicap
3 sudu besar tepung jagung (dubancuh dgn sedikit air)
Garam
Hirisan cili merah
Limau 

CARA PENYEDIAAN
Celur bihun hingga lembut. Toskn dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bwg besar dan bwg putih hingga garing.

Masukkn ayam, tumis lagi hingga ayam separa masak. Masukkn air, sos tiram, sos cili, kicap dan lobak. Kacau rata dan biarkn hingga mendidih.

Masukkan bunga kobis dan udang. Masakkn hingga kuah mendidih sepenuhnya. Masukkn bancuhan tepung jagung. Kacau sebati hingga kuah pekat.

Akhir sekali masukkn garam dan sawi. Tutup api. 


No comments:

Post a Comment