Sunday, March 11, 2018

RESEPI KEK KOPI

Kek merupakan bentuk roti atau makanan seperti roti. Dalam bentuk moden, ia biasanya pencuci mulut dimasak manis. Dalam bentuk yang asal, kek biasanya roti goreng atau kek keju, dan biasanya berbentuk cakera. Menentukan sama ada sesuatu makanan yang diberikan patut dikelaskan sebagai roti, kek, atau pastri boleh menjadi sukar.

Kek sering menjadi pencuci mulut pilihan selepas makan di majlis-majlis upacara, terutamanya majlis perkahwinan, ulang tahun, dan hari lahir. Terdapat banyak resipi kek sehingga tidak terkira, ada yang seperti roti, beberapa jenis berlemak dan rumit, dan banyak yang telah berabad lamanya. Membuat kek tidak lagi proses yang rumit, pada suatu masa banyak kerja diperlukan bagi menghasilkan kek (terutamanya mengepuk buih telur), peralatan membakar dan arahan telah diringkaskan agar tukang masak yang paling amatur masih boleh membuat kek.

RESEPI KEK KOPI 


BAHAN-BAHAN
5 biji telur
250 g butter
250 g gula kastor
250 g tepung gandum
50 g serbuk koko
1/2 cawan susu segar
1 1/2 sudu besar serbuk kopi segera
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam halus

PROSES PENYEDIAAN
Putar butter & gula hingga kembang, kemudian masukkan esen vanilla, serbuk penaik & garam. Putar hingga sebati.

Sambil terus memutar, masukkan telur satu persatu, serbuk koko, serbuk kopi, susu & tepung sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati. 

Tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapukan lemak sayuran dan beralas kertas minyak.

Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 c selama 40-45 minit.

BAHAN-BAHAN
200 ml madu
65 g butter
60 g serbuk koko
180 g air suam
250 ml susu cair
40 g tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

PROSES PENYEDIAAN
Bancuh semua bahan kecuali butter. kacau hingga sebati dan tapis untuk mengelak bancuhan berketul-ketul apabila dididihkan

Masak seketika di atas api sedrhana, masukkan butter. Teruskan mengacau hingga bancuhan mendidih dan menjadi likat serta berkilat.

Sejukkan terlebih dahulu sebelum diletak di atas kek.

No comments:

Post a Comment