Kuih Apam atau dipanggil
‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih apam
ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadangkala pewarna
dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni. Kuih apam biasanya gebu dan
lembut.
Kuih apam ini dihasilkan
dengan menggunakan tepung beras dan yis dengan campuran air dan gula. Adunan
ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan dikukuskan.
Kadang-kala, ENO dicampurkan bagi menambah kegebuan kuih atau tapai digunakan
bagi tujuan yang sama. Kuih apam ini boleh dihidangkan dengan pelbagai cara,
sama ada dengan parutan kelapa yang agak muda (“nyiur kulit hidup”) iaitu
kelapa yang masih belum cukup tua atau dengan kuah berempah (Terengganu).
RESEPI
APAM LABU
BAHAN BAHAN
1 cawan labu rebus
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung tepung
gandum
1 cawan tepung beras
400 ml santan
1st baking powder
1 st yis
CARA CARA
Blender semua bahan
sampai hancur. Lalu perap dlm 1-2 jam.
Sapu acuan apam lalu kukus 15-20
minit.
Siap. Nak makan dengan kelapa
lagi sedap.
No comments:
Post a Comment