Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di
Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu
sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya
tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat
juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam
pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan
lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur
RESEPI
ASAM PEDAS EKOR
BAHAN-BAHAN:
1kg ekor lembu |
rebus empuk
2 cm halia | kisar
2 ulas bawang putih |
kisar
8 biji bawang merah |
kisar
6 tangkai cili kering
| kisar
1 kuntum bunga kantan
| hiris
3 tangkai daun kesum
| hiris
2 sudu besar air asam
Jawa
Sedikit belacan |
kisar
Garam dan gula
secukup rasa
1/2 cawan minyak
masak
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar dan belacan
sehingga naik bau. Kemudian
masukkan sedikit air.
Apabila air mendidih masukkan air
asam Jawa, daun kesum dan bunga kantan. Akhir sekali, barulah masukkan ketulan
ekor lembu yang telah direbus tadi.
Kecilkan api dan perasakan dengan
garam dan gula secukupnya. Jika kuah pekat bolehlah dicampurkan sedikit air. Setelah
masak, tutup api dan asam pedas sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment