Gulai ialah masakan bersantan yang
mengandungi daging, ikan dan lain-lain dengan ramuan utamanya adalah lada api,
kunyit hidup, serai dan santan. Gulai dipanggil masakan masak lemak di luar
Negeri Sembilan. Gulai berasal daripada Sumatera, Indonesia dan tersebar ke
kawasan sekitar khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei hasil daripada
tradisi merantau orang-orang Minangkabau. Kini terdapat beberapa variasi
masakan gulai. Resepi asalnya menggunakan rempah ratus asal yang hidup tumbuh
di Asia Tenggara seperti kunyit, lada api dan serai. Terdapat juga yang turut
menggunakan bawang dalam masakan gulainya. Ini berkemungkinan hasil pengaruh
daripada India. Penambahan gula juga adalah biasa mengikut selera masing-masing
yang tidak tahan pedas.
RESEPI GULAI KUNYIT IKAN TENGGIRI KELANTAN
BAHAN-BAHAN :
4-5 ketul ikan
tenggiri (saya rendam 1/2 jam dulu dalam air garam (1-2tbs) & asam
gelugor/keping sbb ikan ni tk boleh rebus mcm ikan tongkol/ayo, hancur la) baru
boleh masak
1 biji bawang merah
sederhana besar
1 biji bwg putih
1 1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit
1pkt santan pekat
(2biji)
6-7biji cili kering
(rendam sekejap dlm air panas)
(bwg2, kunyit,
lengkuas, cili kering perlu di blend)
1-2 asam keping yg
kita guna rendam ikan boleh guna masuk dlm gulai
2 biji lada
hijau/solok klate (klu ada)
3-4 biji baby timun
batang (dibelah)
garam dan gula
secukup rasa
CARA-CARANYA:
Masukan bahan yg
diblend tadi kedalam periuk bersama santan pekat dan secawan air bersama asam
keping. Sentiasa kacau, biar bahan blend sebati dgn santan. Selepas itu kita
masukkan ikan bersama garam dan gula.
Perlu kacau lagi
perlahan-lahan diatas api yg sederhana sampai mendidih baru dimasukkan lada
solok dan baby timun batang. Kecilkan api dan biarlah gulai itu mendidih dengan
api perlahan lbh krg 10 minit baru boleh tutup api. Dah siap utk
dihidangkan..selamat menjamu selera.
No comments:
Post a Comment