Tuesday, October 16, 2018

RESEPI PETAI TUMIS SAMBAL TEMPOYAK

Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal.

RESEPI PETAI TUMIS SAMBAL TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
Petai 4 papan
20 tangkai cilipadi
3 ulas bawang merah

- tumbuk semua bahan

Letak 1/2 genggam ikan bilis yang dah dibersihkan. tumis bagi naik minyak

masukkan 2sb tempoyak mentah, 2sb gula dan air dr dalam lesung tu sikitt je.

letak garam dand sedikit serbuk perasa Ok dah nak masak masuk petai,siap

No comments:

Post a Comment