Tuesday, October 16, 2018

RESEPI KUIH LEMPENG

Lempeng atau penkek (Bahasa Inggeris: pancake) adalah makanan jenis kek yang dimasak menggunakan bater  sebagai bahan utama di atas permukaan rata yang panas seperti kuali yang disapu lemak seperti minyak dalam mentega. Bater biasanya dibuat daripada sejenis tepung, misalnya tepung gandum atau tepung beras, yang dibancuh bersama air dan sedikit garam. Kadangkalanya telur juga dimasukkan untuk mendapatkan tekstur adunan lempeng yang lebih bagus. Bater lempeng boleh dibuat menggunakan tangan ataupun pengisar.

Lempeng bukan sejenis roti atau roti leper, kerana roti memerlukan adunan tepung menjadi doh. Adunan lempeng selalu dimasak diatas kuali leper.


RESEPI KUIH LEMPENG
BAHAN BAHAN
2 cawan tepung gandum
1/2 biji kelapa muda parut putih
2 cawan air biasa (agak2 kurang boleh tambah air)
Sedikit garam

CARA-CARA:
Tepung gandum, air & garam masukkan dalam blender...kisar sampai tepung tak berketul. Adunan mmg cair.

Panaskan kuali lagi elok guna non stick pan. Masukkan sikit minyak masak,ambil sesenduk adunan dan ratakan. Masak dengan api slow. Bila dah masak, balikkan yg sebelah bawah pula.


Bila dah agak kekuningan kira dah masak lah tu. Siap utk dimakan dgn kari ikan atau sardin cili api...sedap.

No comments:

Post a Comment