Tomato (Solanum
lycopersicum, dulu Lycopersicon lycopersicum) merupakan sejenis tumbuhan yang
buahnya dikenali sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan. Tomato berasal dari
benua Amerika, iaitu di Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari
Mexico ke Peru. Tomato banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan
pasar sayur
BAHAN-BAHAN:
- 4 ketul paha ayam
- 6 sudu makan kicap manis
- 2 sudu makan sos tiram
- 150 gm bawang besar | hiris halus
- 10 biji bawang merah | kisar halus
- 10 biji bawang putih | kisar halus
- 100 gm cili kering | kisar halus
- 1 biji tomato | dihiris nipis
- 4 sudu makan sos tomato
- 2 sudu teh serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan kunyit serbuk
- Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga masak Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali sekali lagi, tumis bawang besar, bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
- Kemudian masukkan sos tomato dan cili kering kisar tadi. Kacau rata dan tumis sehingga pecah minyak.
- Selepas itu, masukkan buah tomato, sos tiram, kicap dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.
- Kemudian masukkan ayam tadi. Kacau sehingga kuah menjadi pekat dan ayam masak. Angkat dan sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment