Asam Pedas ialah sejenis
masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam
pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri
Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula
terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri
Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang
kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya
sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur
RESEPI
ASAM PEDAS EKOR
BAHAN BAHAN
1kg ekor lembu | rebus empuk
2 cm halia | kisar
2 ulas bawang putih |
kisar
8 biji bawang merah |
kisar
6 tangkai cili kering
| kisar
1 kuntum bunga kantan
| hiris
3 tangkai daun kesum
| hiris
2 sudu besar air asam
Jawa
Sedikit belacan |
kisar
Garam dan gula
secukup rasa
1/2 cawan minyak
masak
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar
dan belacan sehingga naik bau.
Kemudian masukkan sedikit air.
Apabila air mendidih masukkan air
asam Jawa, daun kesum dan bunga kantan.
Akhir sekali, barulah masukkan
ketulan ekor lembu yang telah direbus tadi.
Kecilkan api dan perasakan dengan
garam dan gula secukupnya. Jika kuah pekat bolehlah dicampurkan sedikit air.
Setelah masak, tutup api dan asam
pedas sedia dihidangkan.Selain ekor anda juga boleh tukar dengan daging tetel.
No comments:
Post a Comment