Walaupun shahe fen dan he
fen adalah transliterasi berdasarkan Mandarin, terdapat banyak transliterasi lain berdasarkan Kantonis,termasuk ho
fen, hofen, ho-fen, ho fun, ho-fun, hofoen (transliterasi
Belanda di Suriname), hor
fun, hor fen, sar hor fun, dan lain-lain. Di samping itu, shahe fen sering bersinonim dipanggil kway teow (粿條), harfiah "jalur kek
beras", transliterasi berdasarkan Cina Min Nan, POJ: kóe-tiâu) atau guotiao(pinyin: guǒtiáo; transliterasi yang sepadan bagi Mandarin),
seperti dalam nama hidangan yang dipanggil char kway teow. Walau bagaimanapun, shahe fen dan kway
teow adalah dengan tegas dan secara teknikal tidak sama
(yang terkemudian pada asasnya kek beras dihiris kepada jaluran) dan orang Min
Nan secara umum masih sedar membuat perbezaan antara shahe fen dan kway
teow dalam ucapan mereka. Kek atau jalur beras asal yang
adalah sangat liat teksturnya (walaupun selepas memasak), menjadikannya tidak
popular dengan pengguna moden
RESEPI
KUEY TEOW TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
kuey teow secukupnya
100g daging ayam boneless- dipotong kecil
10 ekor udang
3 ulas bawang putih- ditumbuk
1/4 biji bawang besar - dihiris
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar stok udang - air rebusan daripada kepala
udang
3 cawan air
2 sudu tepung jagung - dibancuh sedikit air
minyak masak
gula dan garam secukup rasa
SAYURAN
4 batang jagung muda - tak letak
1/2 biji lobak merah - dihiris
5 biji cendawan butang - x letak
1 cawan taugeh
4 cili padi - diketuk (lau nak pedas) saya x letak
hirisan daun bawang
2 biji tomato
CARA CARA
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan besar.
Tumis sehingga layu.
Masukkan daging ayam. Goreng sehingga hampir masak.
Masukkan air, stok udang, sos tiram dan kicap. Gaul
sehingga sebati. Kemudian, masukkan udang. Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sekata. masukkan
semua sayuran kecuali tomato (aku terletak sekali tomato. Jadi, kuah tu agak
masam sikit).
Jika kuah kurang rasa, masukkan garam dan gula
secukupnya. Pastikan rasa dahulu sebab mane lah tahu kuahnye dah sempurna masin
sebab kita guna sos tiram.
Celurkan kuey teow didalam air panas dan toskan. Boleh dihidang
bersama2 kuahnya tadi, tomato dan daun bawang.
Dah siap!
No comments:
Post a Comment