Ikan
Kerapu Bara atau nama saintifiknya Cephalopholis sonnerati merupakan sejenis
ikan air masin. Ikan Kerapu Bara merupakan ikan badan tebal dengan bonggol di
bahagian kepala. Ia mempunyai warna merah kepada kuning bata-merah atau perang,
kdang-kala dengan tompok perang, merah atau putih. Ia mampu membesar sehingga
sepanjang 58 cm. Spesies (benthic) tinggal di kawasan terumbu karang dan air
tropika Timur-Indo dan Tengah Pasifik, pada kedalaman antara 30 m hingga 100 m.Ia
merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai
makanan. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh
tangkapan melampau oleh nelayan komersial
RESEPI KERAPU GORENG 3 RASA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor Ikan Kerapu -
dilumur garam dan kunyit.
(Tips : Kalau ikan
Fresh,kukus pun sedap, kalau ikan da lama dalam peti sejuk ,goreng baru sedap)
BAHAN KUAH:
Bahan cincang halus :
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 incin halia
2 biji lada merah
Bahan sos :
2 sudu besar cili
kering
2 sudu makan sos
tiram
1 sudu makan kicap
manis
1 sudu makan kicap
masin
4 sudu makan sos cili
Bahan potong dadu :
1 biji tomato
1 tin nenas ayam
brand-nak letak sikit pun boleh, xnak letak pun boleh.
CARA-CARA :
Goreng ikan kerapu ,
jangan terlalu garing.Kemudian toskan,letak dalam bekas yang sesuai.
Dalam kuali lain, tumis bahan
yang dicincang halus sehingga naik bau, masukkan cili kering.Tumis sehingga
naik minyak.
Kemudian,masukkan bahan sos yang
telah disatukan ke dalam mangkuk tadi.
Biarkan seketika,kemudian
masukkan tomato dan nenas.Jangan lupa rasa garamnya,letak sikit demi sikit
sebab sos tiram da masin.
Setelah siap,curahkan sos keatas
ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup.
No comments:
Post a Comment