Sunday, October 14, 2018

RESEPI KARI AYAM KERING

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana
BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg ayam
  • 1 biji perahan jus lemon
  • 3 sudu serbuk kari daging (Saji gunakan Baba’s)
  • 250ml pati santan
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak

BAHAN-BAHAN KISAR
  • 15 biji cili merah
  • 15 biji cili kering (direndam dahulu)
  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2.5 inci kunyit hidup

CARA-CARA
  • Perap separuh bahan kisar dengan ayam selama 3 jam. Selepas itu goreng separuh masak.
  • Panaskan minyak. Kemudian tumis bahan kisar sehingga naik bau dan garing.Kemudian masukkan serbuk kari dan gaul rata.
  • Selepas itu, masukkan ayam dan pati santan. Biar sebati seketika. Dan baru masukkan air.Masak sehingga pekat.
  • Selepas mendidih, tutup api. Barulah perasakan dengan garam secukup rasa dan jus perahan lemon.


No comments:

Post a Comment