Sunday, October 14, 2018

RESEPI EKOR GORENG MELETUP

Ekor adalah bahagian di belakang sekali pada tubuh binatang yang biasanya seperti menganjur keluar dari tulang punggung dan boleh digerak-gerakkan.

RESEPI EKOR GORENG MELETUP


BAHAN-BAHAN:
 (1 kilo) – direbus hingga empuk
Bawang besar (2 biji) – dihiris
Bawang putih (3 ulas) – cincang halus
Cili padi (4 biji) – dipotong
Kacang panjang ( 2 tangkai) – dipotong
Lobak merah (setengah biji) – dihiris
Kicap manis (3 sudu besar)
Sos tiram (3 sudu besar)
Garam & gula
Tepung jagung (2 sudu besar)
Minyak untuk menumis

CARA-CARA
Rebus ekor sehingga empuk. Air rebusan jangan dibuang. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga naik bau.

Masukkan sos tiram dan kicap manis. Gaul rata.Selepas itu masukkan ekor yang telah empuk dan kacau sebati.

Masukkan pula cili padi, lobak merah dan kacang panjang. Biarkan masak sekata.

Kemudian masukkan sedikit air rebusan dan biarkan seketika. Tambahkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah.

No comments:

Post a Comment