Tuesday, October 16, 2018

RESEPI KUIH SERABAI

Kuih serabai merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih serabai diperbuat dari tepung beras, dimasak nipis (macam lempeng) dan dimakan bersama kuah sirap gula melaka dan santan memberikan rasanya lemak manis. Kuih ni jarang dijual di gerai kuih kecuali pada bulan Ramadan. Ia popular di negeri Kedah, Melaka dan Sabah. Di sesetengah negeri, kuih serabai juga biasa dihidangkan pada kenduri arwah, biasanya ia dihidangkan pada hari kelima arwah. Nama lain bagi kuih serabai adalah "kuih mayat".


RESEPI KUIH SERABAI
BAHAN BAHAN
(bancuhan utk 3 orang makan):
5 sudu tepung gandum
3 sudu tepung beras
Santan untuk bancuhan tepung

(Nak sedapkan santan tu, guna air kelapa untuk perah santan ya)

Satu sudu kecil mauripan + satu sudu kecil gula + sedikit air dicampurkan dan dibiarkan kembang terlebih dahulu sebelum tepung dibancuh)
sebiji telur (untuk elakkan tepung melekat bila dibakar)
secubit garam

CARA-CARA:

Bancuh semua bahan hingga kelikatan yang boleh dituang (tak berapa pekat tak berapa cair. Biarkan bancuhan untuk 1 - 2 jam sebelum mula membakar

Kalau yang ada acuan serabai, boleh bakar dengan acuan, kalau takde tak apa, just gunakan kuali kecil dan masak satu persatu (kena sabarlah sikit)

**Hanya sapu kuali dengan sedikit minyak (guna tisu untuk sapuan) dan kebiasaannya hanya yang sekali sahaja untuk membakar kuih di atas dapur (bukan di oven ya)... kalau kuali anda tak melekat tak letak minyak pun OK

Hidangkan serabai dengan kuah manis - and boleh masak santan dan gula melaka dengan sedikit tepung atau boleh juga ditambah durian pada yang suka makan raja buah

UPDATE (RESIPI KUAH)
1 sudu tepung gandum
Santan untuk bancuhan tepung sampai cair
Masukkan gula (saya guna gula kabung) - ikut rasa manis yang anda suka dan Kalau suka durian boleh tambah durian seulas dua

Selamat Mencuba 

No comments:

Post a Comment