Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di
Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara
yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang
berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang
benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat
oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian,
hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian
dalam bahasa asli masing-masing di sana
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur ayam - rebus dan buang kulitnya
1 biji kentang sederhana besar - potong dadu dan
goreng sebentar
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar ginger garlic paste
1 labu bawang besar - dihiris nipis
1 biji lada hijau - dihiris nipis
1 biji tomato - di potong dadu
1 tangkai daun kari
1 sudu teh halba campur
1 sudu besar minyak sapi
Anggaran 2 cawan air
Air asam jawa
Garam dan gula
Sedikit minyak masak
CARA CARA
Ambil telur yang telah dikupas tadi, gunakan pisau
kelar 2 @ 3. Lumur sedikit garam dan kunyit kemudian goreng sebentar hingga
permukaan telur menggerutu sedikit. Ketepikan.
Di dalam periuk , panaskan sedikit minyak bersama sama
minyak sapi. Tumis hirisan bawang besar, cili hijau, tomato, halba campur dan
daun kari hingga naik bau. Kemudian masukkan ginger garlic paste,serbuk kari
dan sedikit air. Masak hingga semua rempah pecah minyak.
Kemudian masuk baki air bersama sama air asam jawa.
Biarkan ia merenih sebentar kemudian masukkan telur dan kentang yang telah
digoreng tadi. Kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula.
No comments:
Post a Comment