Sunday, October 14, 2018

RESEPI IKAN SAMBAL

Ikan Selar (bahasa Inggeris:yellowtail scad), nama saintifiknya Atule mate, adalah sejenis spesies ikan laut kecil dan banyak terdapat di pesisir pantai dalam famili Carangidae.


RESEPI IKAN SAMBAL
BAHAN-BAHAN:

Ikan mata besar@ Ikan Selar – 2 ekor (digoreng dahulu)
Bawang besar – 2 ulas (dihiris)
Bawang putih – 2 ulas (cincang halus)
Cili padi – 5 biji (dihiris)
Cili boh – 4 sudu besar
Sos cili – 2 sudu besar
Sos tomato – 2 sudu besar
Asam keping – 1 keping
Gula & garam
Minyak untuk menumis

CARA-CARA
Goreng ikan terlebih dahulu. Jangan terlalu garing, nanti keras. Asingkan.

Panaskan minyak kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Masak sehingga layu dan naik bau.

Kemudian masukkan cili boh. Gaul rata. Masukkan pula sos cili dan sos tomato. Masak sehingga garing dan pecah minyak.

Selepas itu baru masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan dan gaul rata.

No comments:

Post a Comment