Tuesday, October 16, 2018

RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT BERSOS

Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.

RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT BERSOS
BAHAN-BAHAN:
sotong
bawang putih - ditumbuk kasar
bawang merah dihiris2
cili padi - dibelah dua
serbuk kunyit
sos tiram
sedikit garam ikut masin

CARA MEMASAK :
Tumis bawang merah, bawang putih & cili padi hingga wangi, masukkan sotong, kacau seketika, kemudian masukkan serbuk kunyit dan sos tiram Maggi , kacau sebati , letak sedikit sahaja air ...

Biarkan masak dalam 5 minit dengan api sederhana ... Siap

No comments:

Post a Comment