Puding adalah jenis makanan
yang boleh jadi sama ada pencuci mulut yang manis atau hidangan savori.
Perkataan puding adalah dipercayai datang dari bahasa Perancis boudin, yang
berasal dari bahasa Latin botellus, yang bererti "sosej kecil", merujuk
kepada daging bersalut yang digunakan dalam puding abad pertengahan Eropah
RESEPI PUDING ROTI LAICI
BAHAN BAHAN
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair
8gram serbuk agar2 @
sepeket
1/2 cawan gula
2 sudu besar
butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air *1
cawan daripadanya guna air laici
pewarna pink
1 cawan laici
1 sudu perisa
laici/esen vanilla
CARA-CARA:
Didihkan air dan 1
cawan air laici tin,serbuk agar2 dan gula di dalam periuk sehingga agar2 larut
Blend roti,telur,susu
pekat, susu cair, buah laici . Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yang sudah
didih tadi.
Masukkan
butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. Bahagi kepada 2.
Masukkan satu warna pink dan satu warna asal.
Ambil sesenduk/sesudu
ikut kebesaran acuan dan masukkan dalam bekas lapis demi lapis hingga selesai.
Caranya, curahkan sesenduk ditengah-tengah bekas atau acuan dan biarkan ketepi
sendiri. Buat berselang –seli warna sampai habis.
Dah siap bolehlah di
simpan di dalam peti sejuk. Boleh taburkan buah laici ketika makan.
No comments:
Post a Comment