Monday, October 15, 2018

RESEPI KERAPU MASAK CUKA

Cuka adalah sejenis cecair yang sebahagian besarnya terdiri dari sebatian asid asetik dan air, asid asetik dihasilkan melalui pemeraman etanol oleh bakteria asid asetik. Ia masa kini digunakan di dapur, tetapi dalam sejarah, ia merupakan asid sederhana yang paling biasa didapati, ia memiliki pelbagai kegunaan pengilangan, perubatan, dan domestik. Cuka pengilangan dihasilkan samaada melalui proses penapaian pantas atau perlahan. Secara umum, kaedah perlahan digunakan dengan cuka tradisi, dan proses penapaian berlaku perlahan-lahan dalam tempoh beberapa minggu atau bulan. Tempoh penapaian lebih lama membenarkan pengumpulan lendir bukan toksin oleh bakteria asid asetik. Kaedah lebih pantas menambah ibu cuka (contohnya kultur bakteria) pada sumber cecair sebelum menambah udara melalui sistem pam venturi atau turbin bagi menggalakkan proses pengudaraan untuk mendapatkan penapaian yang lebih pantas. Dalam proses penapaian pantas, cuka boleh dihasilkan dalam tempoh 20 jam hingga tiga hari.


RESEPI KERAPU MASAK CUKA
BAHAN-BAHAN:

600 gm ikan kerapu
2 sudu besar cuka
2 sudu kecil minyak
20 gm cendawan kering - direndam dan dihiris halus
3 batang sawi
5 cm halia - dihiris nipis
1 sudu kecil tepung jagung
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar isinya.

Tumis hirisan halia sebentar saja, kemudian masukkan cendawan, cuka garam, 1 1/2 cawan air dan masak sambil dikacau hingga rata.

Masukkan ikan dan biarkan masak. Bancuh tepung jagung dengan 1/2 cawan air kemudian tuang ke dalam kuah ikan. Balik-balikkan dan kacau hingga rata.

Masukkan sawi dan angkat setelah sawi layu sedikit. Hidangkan panas-panas.

No comments:

Post a Comment