Sunday, October 14, 2018

RESEPI AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

Ayam goreng ialah daging ayam yang dicelup ke dalam salutan, kemudian digoreng jeluk, digoreng kuali atau digoreng tekanan. Salutan tersebut mengekalkan air daging sambil menyerap lemak ayam. Daging ayam itu boleh ditanggalkan tulangnya dan/atau dikupas kulitnya, atau sebaliknya. Ayam goreng paling banyak dimasak menggunakan penggoreng tekanan, kerana inilah kaedah penyediaan yang paling cepat. Air dalam daging ayam mengewap lalu keluar melalui minyak dalam kebuk yang tertutup, sekaligus menambahkan tekanan dan merendahkan suhu memasak yang diperlukan. Wap tersebut juga memasakkan daging ayam sambil memastikan isinya lembap dan lembut di dalam sadur rangup
BAHAN-BAHAN:
  • 1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
  • 3 biji bawang merah (sederhana besar)
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 4 biji lada merah
  • 6 biji cilipadi
  • 1 atau 2 keping Asam keping
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 btg serai diketuk
  • Hirisan bawang besar
  • Minyak utk meggoreng
  • Garam gula / gula merah (jika suka)

CARA - CARA PENYEDIAAN :
  • Kupas & blend (saya tumbuk jgn lumat sgt) bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan.
  • Masukkan dalam minyak yg dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau masukkan sedikit air supaya tak kering sgt 
  • masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja & sedikit je gula merah
  • masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yg diketuk tadi..goreng sampai naik bau kalau kering sgt letakkan air sedikit mengikut keadaan..
  • Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.

No comments:

Post a Comment