Ayam goreng ialah daging ayam yang
dicelup ke dalam salutan, kemudian digoreng jeluk, digoreng kuali atau digoreng
tekanan. Salutan tersebut mengekalkan air daging sambil menyerap lemak ayam.
Daging ayam itu boleh ditanggalkan tulangnya dan/atau dikupas kulitnya, atau
sebaliknya. Ayam goreng paling banyak dimasak menggunakan penggoreng tekanan,
kerana inilah kaedah penyediaan yang paling cepat. Air dalam daging ayam
mengewap lalu keluar melalui minyak dalam kebuk yang tertutup, sekaligus
menambahkan tekanan dan merendahkan suhu memasak yang diperlukan. Wap tersebut
juga memasakkan daging ayam sambil memastikan isinya lembap dan lembut di dalam
sadur rangup
BAHAN-BAHAN:- 1/2 keping dada ayam
- 6-7 ulas bawang putih
- 1-2 sudu kecil lada hitam
- 1-2 sudu serbuk kari
- 1 biji telur
- 2-3 sudu besar tepung jagung
- Serbuk roti
- Garam secukup rasa
- Mozarella cheese secukupnya
CARA-CARA:
- Potong ayam menjadi kecil dan bentuk dadu. Ketepikan.
- Tumbuk bawang putih bersama lada hitam. Perap ayam dengan bawang putih , lada hitam , serbuk kari dan garam. Perap 1 jam atau lebih.
- Pecahkan telur sebiji dalam perapan ayam tadi. Masukkan 2-3 sudu besar tepung jagung Gaul rata.
- Golekkan ayam ke dalam serbuk roti dan goreng sehingga keemasan. Cairkan mozarella cheese guna api
- sederhana di dalam non-stick pan.
- Kacau sehingga keju betul-betul cair. Setelah keju cair, boleh tuangkan keju dalam pinggan yang ada ayam goreng tadi atau letak ke dalam bekas lain. Siap!
No comments:
Post a Comment