Sunday, October 14, 2018

RESEPI KUEYTEOW / KUETEOW TENG

Walaupun shahe fen dan he fen adalah transliterasi berdasarkan Mandarin, terdapat banyak transliterasi lain berdasarkan Kantonis,termasuk ho fen, hofen, ho-fen, ho fun, ho-fun, hofoen (transliterasi Belanda di Suriname), hor fun, hor fen, sar hor fun, dan lain-lain. Di samping itu, shahe fen sering bersinonim dipanggil kway teow (粿條), harfiah "jalur kek beras", transliterasi berdasarkan Cina Min Nan, POJ: kóe-tiâu) atau guotiao (pinyin: guǒtiáo; transliterasi yang sepadan bagi Mandarin), seperti dalam nama hidangan yang dipanggil char kway teow. Walau bagaimanapun, shahe fen dan kway teow adalah dengan tegas dan secara teknikal tidak sama (yang terkemudian pada asasnya kek beras dihiris kepada jaluran) dan orang Min Nan secara umum masih sedar membuat perbezaan antara shahe fen dan kway teow dalam ucapan mereka. Kek atau jalur beras asal yang adalah sangat liat teksturnya (walaupun selepas memasak), menjadikannya tidak popular dengan pengguna moden.


RESEPI KUEYTEOW / KUETEOW TENG

BAHAN-BAHAN:

4 ketul isi ayam
10-15 ulas bawang putih
2 keping fish cake
sepeket fish ball (aku guna yang cute2 jerr..tak pakai yang besar)
2 ketul tauhu
2 sudu cili kering yang telah dikisar
daun sup, daun bawang sebagai ulam-ulaman
taugeh 50 sen
2 bungkus kue teow
2 ulas bawang merah dan minyak untuk menumis
air secukupnya (kalo nak mandi sup boleh pakai 2 kolah air)
garam dan serbuk perasa (jangan ambik perisa vanila plak)

PROSES PENYEDIAAN
rebus isi ayam untuk dapatkan stok ayam (tak kan jadi stok itik plak). masukkan secubit garam. bila ayam lembut, asingkan isi dan stok ayam tadi. isi ayam dikoyak-koyak halus.

panaskan minyak dan tumis bawang merah.bilang kuning2, masukkan stok ayam dan tambah air secukupnya. biar kuah mendidih. masukkan garam dan serbuk perasa. sementara sup mendidih, boleh la celur fish cake, fish ball dan taugeh. bila dah lembut toskan dan potong halus dan nipis.

tumbuk bawang putih hingga lumat. panaskan minyak dan goreng bawang putih tadi sampai perang. bila dah perang masukkan bawang putih sekali dengan minyak goreng tadi dalam bekas yang sesuai. aku syorkan lebihkan sket minyak untuk mengelak bawang tadi melekat lekit.

panaskan minyak untuk tumiskan cili kering yang dikisar, masukkan secubit garam. kalau nak masukkan cuka 2,3 titik pun boleh. tumis sampai naik minyak dan angkat.

tauhu di goreng dan di potong dadu..pastu celur kue teow

No comments:

Post a Comment