Monday, October 15, 2018

RESEPI IKAN KERAPU MASAK ASAM MANIS

Ikan Kerapu Bara atau nama saintifiknya Cephalopholis sonnerati merupakan sejenis ikan air masin. Ikan Kerapu Bara merupakan ikan badan tebal dengan bonggol di bahagian kepala. Ia mempunyai warna merah kepada kuning bata-merah atau perang, kdang-kala dengan tompok perang, merah atau putih. Ia mampu membesar sehingga sepanjang 58 cm. Spesies (benthic) tinggal di kawasan terumbu karang dan air tropika Timur-Indo dan Tengah Pasifik, pada kedalaman antara 30 m hingga 100 m.Ia merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial


RESEPI IKAN KERAPU MASAK ASAM MANIS
BAHAN-BAHAN A:

1 ekor ikan kerapu
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak
(untuk goreng)
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN B:
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Gaulkan bahan-bahan A dan goreng hingga rangup.

Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun pandan dan serai sehingga bau naik.

Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.

Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.

Untuk hiasan:
Bawang besar, cili merah, green pepper, nanas dan timun.


No comments:

Post a Comment