Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi Melayu
kegemaran bagi orang Malaysia. Ianya juga boleh di temui di Singapura,
Indonesia dan Brunei.Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan
juga Singapura. Di Indonesia, nasi lemak lazimnya ditemui di pesisir timur
Sumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara. Nasi lemak merujuk kepada
nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa
lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi
menambahkan aromanya. Di Indonesia Nasi lemak dipercayai di perkenalkan oleh
pekerja dan Mahasiswa yang pernah menetap mahupun bekerja di Malaysia.
RESEPI
KEK NASI LEMAK
BAHAN-BAHAN (NASI LEMAK):
3 cawan beras
(dibasuh)
3 cawan santan pekat
1 cawan air
Halia (dihiris)
2 helai daun pandan
Garam
BAHAN-BAHAN (SAMBAL):
3 sudu besar bawang
merah kisar
1 sudu kecil bawang
putih kisar
8 sudu besar cili
giling
1 cawan air
1 sudu besar gula
Melaka
1 inci belacan bakar
2 sudu besar air asam
jawa
Garam
Minyak
TOPPING:
Telur rebus
Timun
Ikan bilis
Kacang
CARA-CARA:
Gaul semua bahan-bahan nasi lemak dan rendam
selama 20 minit.
Masak menggunakan
rice cooker.
Pindahkan nasi ke
dalam springform pan dan tekan sehingga padat dan rata.
Dalam kuali lain,
panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.Masukkan cili giling
dan tumis.
Masukkan gula Melaka,
belacan bakar, air asam jawa, dan air. Masak hingga pekat.
Masukkan garam dan
tutup api.Tuang sambal ke atas nasi dan ratakan.
Hiasi kek dengan
telur rebus, hirisan timun, ikan bilis dan kacang.
No comments:
Post a Comment