Tuesday, October 16, 2018

RESEPI KERABU UDANG DENGAN EPAL HIJAU

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

RESEPI KERABU UDANG DENGAN EPAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
20 ekor udang | dibuang kulit dan dibersihkan
1 biji epal hijau |dipotong memanjang atau dimayang
1 batang seleri |dipotong nipis
2 batang serai |dimayang halus
5 biji cili padi |dipotong halus
1 ulas bawang kecil | dimayang halus
1 sudu sos ikan
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
1 biji air perahan limau nipis

CARA MEMASAK:
Rebus udang di dalam air yang sudah ddiletakkan serai yang sudah dititik dan sedikit garam. Rebus hanya sekejap (2 minit supaya udang tidak terlebih masak dan rasa manisnya tidak hilang)

Di dalam mangkuk kecil, masukkan udang dan bahan-bahanyang telah dimayang di dpotong tadi.

Masukkan sos ikan, sedikit garam, gula dan akhir sekali masukkan perahan air limau nipis. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment