Monday, October 15, 2018

RESEPI KARI ASAM PEDAS TELUR IKAN

Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur

RESEPI KARI ASAM PEDAS TELUR IKAN
BAHAN-BAHAN:
Telur ikan dibersihkan..tos dan gaul dgn serbuk kunyit
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar rempah kari ikan
Air asam jawa secukupnya
Tomato - dibelah 2 atau 4
Cili hijau -  yeellek.. mak letak cili api
Daun kesum atau bunga kantan
Serbuk lada hitam - mak tambah
Air secukupnya
Garam to taste

BAHAN TUMBUK ATAU KISAR
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Sedikit belacan

BAHAN TUMIS
3 biji Bawang merah -dihiris
2 biji Bawang putih - dihiris
1 sudu kecil halba campur
1 tangkai daun kari
Sebatang serai - titik
Minyak secukupnya untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak..masukkan semua  bahan tumis ..dah wangi bahan tumis masukkan bahan kisar..masak biar kering sedikit masukkan cili kisar dan rempah kari ikan ..gaul rata tambah air jika perlu .. masak sampai pecah minyak..Masukkan air biasa dan air asam jawa secukupnya ..dah mendidih baru masukkan telur ikan..jgn dikacau telur tu ye nanti pecah

Bila telur dah masak baru masukkan daun kesum,tomato, cili hijau .dan serbuk lada hitam gaul rata dah mendidih sekali lagi baru masukkan garam ...siap tutup api.

No comments:

Post a Comment