Tuesday, October 16, 2018

RESEPI KARI IKAN MAMAK

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana

RESEPI KARI IKAN MAMAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal hitam saiz sederhana  
2 biji Bwg merah (hiris)
1 ulas bwg putih (hiris)
Halba/biji sawi/jintan manis
Daun kari
6 sudu rempah kari & 2 sudu cili giling (jadikan pes)
1 genggam beras (sangai dulu & blend halus)
1 sudu asam jawa
air secukupnya
bendi
tomato
garam
daun kari

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan 1 senduk minyak..tumis bwg merah & bwg putih sehingga layu..masukkn halba, biji sawi & jintan manis serta daun kari..masukkan pes rempah kari..

masak smpai pecah myk dgn api perlahan..bila dh pecah myk masukk beras sangai yg dh blend..kacau2 masukkn air tunggu hingga mendidih..masukkn bendi & ikan..perasakn & masukkn tomato.. patah2kn cili hijau & tutup api..siap

No comments:

Post a Comment