Tuesday, October 16, 2018

RESEPI KARI AYAM MAMAK

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana
BAHAN-BAHAN:
  • 1/2 ekor ayam - dipotong ikut saiz yg anda suka
  • tukarkan ayam kepada daging 1/2 kg dipotong kecil

Bahan A
  • 10 biji bawang putih
  • 3 inci halia~ dikisar

Bahan B
  • 1 biji bwang bsar ~ dihiris
  • 4 tangkai daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang

Bahan C
  • 2 biji tomato
  • 2 batang serai ~ diketuk
  • 2 helai daun pandan ~ disimpul

Bahan D
  • 8 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk cili  ~ ikut kepedasan masing-masing
  • Semua bahan ini disatukan dan dibancuh dengan air untuk mendapatkan pes

lain-lain Bahan
  • Ubi kentang secukupnya
  • 3/4 santan atau susu cair

Bahan E ~ perasa semuanya secukup rasa
  • Serbuk lada sulah
  • serbuk lada hitam
  • serbuk ketumbar
  • serbuk jintan manis
  • garam dan gula 

CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bahan A sehingga naik bau kemudian masukkan bahan B dan bahan C. Tumis hingga daun kari agak garing.
  • Masukkan ayam dan ubi kentang. Tutup periuk. masa menumis ayam ni mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni. hmmm....pasti memikat. Ini la ramuan rahsia. sebab tumis dng serai dan daun pandan tu.
  • Tumis lebih kurang 3 minit, pastikan anda masak dengan api perlahan. Masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula.
  • Biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam tu keluar. Tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda suka. tutup periuk dan biarkan air mendidih.
  • Bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan D masukkan bahan E. Masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati Ingat selalu tutup periuk dan masak dengan api pelahan.
  • Bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkan santan atau susu cair dan garam. Kemudian biarkan kuah ni mendidih dan semua ramuan ni cukup masak dan sebati, dan bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment