Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam
sub-order Dendrobranchiata. Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus,
udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang
bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia =
"insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi
Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus,
udang karang, ketam, dan sebagainya.
RESEPI KERABU UDANG DENGAN EPAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
20 ekor udang |
dibuang kulit dan dibersihkan
1 biji epal hijau
|dipotong memanjang atau dimayang
1 batang seleri
|dipotong nipis
2 batang serai
|dimayang halus
5 biji cili padi
|dipotong halus
1 ulas bawang kecil |
dimayang halus
1 sudu sos ikan
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
1 biji air perahan
limau nipis
CARA MEMASAK:
Rebus udang di dalam
air yang sudah ddiletakkan serai yang sudah dititik dan sedikit garam. Rebus
hanya sekejap (2 minit supaya udang tidak terlebih masak dan rasa manisnya
tidak hilang)
Di dalam mangkuk kecil, masukkan
udang dan bahan-bahanyang telah dimayang di dpotong tadi.
Masukkan sos ikan, sedikit garam,
gula dan akhir sekali masukkan perahan air limau nipis. Sesuaikan rasa dan
sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment