Tuesday, December 26, 2017

RESEPI BEAFSTEAK DAN DAGING

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI BEAFSTEAK DAN DAGING


BAHAN BAHAN A
Daging (batang pinang) dihiris sederhana nipis (½ kg)
telur ayam 1 biji
tepung jagung 4 sudu besar
lada sulah
gula (2 sudu)
garam secukup rasa

BAHAN B:
minyak masa
bawang merah, bawang putih & halia (ditumbuk)
bawang besar (dihiris bulat)
cili merah (dihiris serong)
kacang peas hijau (1 tin kecil)
tomato 2 biji di belah 4
ubi kentang 2 biji di belah 6
kicap manis dan sos cili secukup rasa
air setengah cawan (lebihkan air sekiranya anda suka ianya berkuah)

PROSES PENYEDIAAN
perap bahan A selama 1/2 jam . selepas itu gorengkan bahan A sehingga sederhana masak diangkat dan ditos.

Gorengkan ubi kentang sehingga empuk, diangkat dan ditos.  Tumiskan bawang dan halia yang ditumbuk dalam minyak yang sama (kurangkan minyak kepada anggaran 3 sudu).

Setelah bahan menumis sederhana garing, masukkan kicap dan sos cili secukup rasa dan tambahkan air mengikut banyak kuah yg anda inginkan.  Masukkan bahan A dan biarkan ianya mendidih.
masukkan ubi kentang yg telah digoreng bersama kacang peas (termasuk airnya)biarkan mendidih sekali lagi.


akhir sekali, masukkan buah tomato, cili hirisan dan bawang besar bersama garam secukup rasa (bahan ini jgn dibiarkan mendidih lama).  hidangkan panas-panas.

No comments:

Post a Comment