DAGING
Daging, dalam
definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan.
Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi
juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak,
sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri
pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu,
kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan
manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri
daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil
haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan
daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia
di kebanyakan negara.
RESEPI BLACK PEPPER
BEEF WITH MUSHROOM
BAHAN BAHAN
½ Kg Daging
(direbus hingga empuk dan dihiris nipis-nipis)
2 tangkai cili
merah (dihiris kasar)
2 tangkai cili
hijau (dihiris kasar)
1 labu bawang besar
(dihiris nipis)
2 labu bawang merah
(ditumbuk)
3 ulas bawang putih
(ditumbuk)
3 sudu makan minyak
untuk menumis 1 cm halia (ditumbuk)
1 sudu makan sos
tiram
1 sudu makan sos
cili LIFE
1 sudu makan sos
tomato
1 sudu teh serbuk
lada hitam
Daun Orenggano
Sedikit Lada Sulah
Secubit gula
Garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak.
Masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan cili,
halia dan sebahagian daripada bawang besar yang telah dihiris. Tunggu sebentar
sehingga bawang agak kekuningan.
3. Kemudian
masukkan daging dan lada hitam, goreng sehingga agak garing.
4. Masukkan sos
tiram, sos tomato dan sos cili serentak.
5. Masukkan lebihan
bawang besar, lada sulah dan daun Orengano. Kacau dan masukkan gula dan garam.
No comments:
Post a Comment