DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan
yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka
dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk
paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut
digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan
daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan
disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan
laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu
memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses,
dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.
RESEPI DAGING MASAK HITAM
BAHAN BAHAN
Daging 1 kilo
Bawang Besar 1 kilo
Serai 3 batang(titik)
Kulit Kayu Manis
2cm
Bunga Lawang 1
kumtum
Bunga Cenkih 4 biji
Minyak 5 sudu besar
Kicap Pekat 6 sudu
besar
Garam ,Gula ,
½ sudu air asam
jawa
Halia 6cm (panjang)
Bawang Putih 7 ulas
Cabai Kering 10
biji
¼ sudu besar Serbuk
Jintan Manis
¼ sudu besar serbuk
Jintan Putih
PROSES PENYEDIAAN
Daging dipotong
sederhana kecil basuh dan toskan . Bawang
kupas basuh dan potong nipis
Kisar semua bahan
bahan kisar hingga halus. Masukan Daging
kedalam periuk masukan bawang,serai,bunga
cengkih,lawang ,kk
manis dan bahan yang dikisar .
Masukkan kicap
pekat,gula ,garam,air asam jawa dan sedikit air dan minyak gaul hingga sebati.
Angkat periuk letak atas dapur masak dengan api kecil selama 1-2 jam atau sehingga daging empuk dan pekat kuahnya.
No comments:
Post a Comment