Tuesday, December 26, 2017

RESEPI BUBUR AYAM

BUBUR
Bubur nasi adalah sejenis bubur yang popular di kebanyakan negara Asia. Apabila dimakan sebagai bubur nasi biasa, ia paling sering dihidangkan dengan hidangan sampingan atau lauk. Apabila bahan-bahan tambahan, seperti daging, ikan, dan perasa, ditambah semasa penyediaan bubur nasi, ia adalah yang paling sering disaji sebagai makanan tersendiri, terutama bagi orang yang sakit. Nama-nama untuk bubur nasi adalah pelbagai mengikut gaya penyediaannya. Walaupun banyak variasi, ia biasanya merujuk bubur nasi yang pekat selepas sebahagian besarnya hancur akibat dimasak lama di dalam air.

RESEPI BUBUR AYAM


BAHAN BAHAN
300 gm beras, dicuci bersih
2 sm halia, dititik
3 batang serai, dititik
½ ekor ayam     Air secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun sup

PROSES PENYEDIAAN

Beras, halia, ayam, serai dan air direbus hingga beras hancur. Masukkan garam. Kacau hingga rata. Apabila beras hancur, angkat dan keluarkan ayam. Ambil isi ayam dan masukkan semula ke dalam bubur. Kacau hingga rata. Masak sebentar lagi baru diangkat. Ketika menghidang taburkan daun bawang dan daun sup.

No comments:

Post a Comment