Thursday, April 11, 2019

AYAM MASAK BUTTER

Mentega (yang berasal dari perkataan bahasa Portugis: manteiga) adalah produk tenusu dibuat daripada menggodak krim atau susu, sama ada segar atau yang ditapai. Mentega boleh digunakan sebagai sapuan dan perasa, selain dari penggunaan dalam masakan seperti membakar, membuat sos dan menggoreng. Mentega terdiri dari lemak mentega, air dan protein susu. Kerap dibuat daripada susu lembu, tetapi mentega juga boleh dibuat dari mamalia lain, seperti biri-biri, kambing, kerbau dan yak. Garam, perisa dan pengawet kadang kala ditambah pada mentega. Pengasingan pepejal mentega akan menghasilkan cecair mentega atau minyak sapi, yang merupakan hampir keseluruhannya lemak mentega.

BAHAN BAHAN:
  • 2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
  • 2 sb butter
  • 1 sb cili merah - cincang
  • 2 chili padi - cincang
  • 1 pelepah daun kari
  • Beberapa keping cheese
  • 230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
  • Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal
  • Garam
  • Serbuk lada hitam

BAHAN PERAP:
  • 1 sk garam
  • 1/2 sb sugar
  • 2 sk serbuk kari
  • 1 sb tepung gandum
  • 1 telur

CARA CARA:
  • Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.
  • Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

No comments:

Post a Comment