BAHAN DAGING
500gram daging.Potong
ketul besar-besar dan rebus dengan sedikit pewarna merah. Simpan sikit air
rebusan daging untuk kuah. Bila daging empuk, hiris nipis dan goreng sekejap.
Toskan.
BAHAN TUMIS
1 biji bawang holland
(hiris kasar @ potong bulat)
2 btg daun bawang
potong 1 inci
5 biji cili padi
(ketuk)
3 ulas bawang putih
(ketuk)
1 senduk cili kering
blender (kalau nak kuah banyak lebihkan sikit cili kering)
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos tiram
1/2 sb gula
Sos ikan sikit
CARA-CARA MEMASAKNYA
1.Masukkan bawang
putih yang diketuk tadi dalam minyak goreng daging.
2.Kemudian masukkan
cili kering blender.
3. Tumis sampai cili
kering garing.
4. Masukkan cili padi
ketuk, sos tiram, sos cili, sos tomato, gula dan sos ikan.
5.Kacau-kacau
sebentars
6.Masukkan daging
yangg dah digoreng tadi dan kacau lagi.
7.Masukkan air
rebusan daging kalau nak kuah lebih ya. Kacau lagi.
8.Masukkan bawang holland
dan daun bawang. Boleh tutup api.
No comments:
Post a Comment