Tuesday, April 09, 2019

BIHUN HAILAM

BAHAN A

1 peket bihun ( celur dengan air panas )
200gm Isi Ayam ( rebus dan asingkan air stok ayam )
2 cawan air rebusan ayam
1 bji bawang besar ( hiris )
2 ulas bawang putih (hiris)
2 tangkai cili merah (hiris)
2 s/b cili boh
1 s/k tepung jagung ( bancuh dengan air )*
sos tiram*
sos cili*
Kicap Manis*
Garam
Minyak Masak

BAHAN B
Kobis
Lobak
Cendawan
Sawi
Putik Jagung
Brocoli
Tomato Ceri

CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak, tumis bahan yang hiris tadi, ( bawang besar, bawang putih dan cili ) dengan cili boh hingga naik wangi.

Masukkan air rebusan ayam dan juga isi ayam. Dalam api sederhana.

Selepas itu, masukkan **kicap, sos cili, sos tiram ( ikut suka ) biarkan sehingga didih. Perasa garam secukp rasa.

Masukkan sayur-sayuran yang ada ikut suka, kalau suka sayur lebih letak lebih. Sayur tu boleh kombinasikan, atau letak semua diatas pun takpe.

Biarkan didih seketika. ( Kalau nak pedas, letak cili padi pun boleh ) Masukkan air tepung jagung, ikut kepekatan korang inginkan. Bila dah didih boleh hidang dengan bihun sekali.

No comments:

Post a Comment