BAHAN-BAHAN
1/2 kg. mee kuning
1/4 kg daging ayam
dan daging lembu
10 ekor udang (saiz
bergantung kepada anda)
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
1 sudu besar cili boh
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak
merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup
dan daun bawang
2 biji limau nipis
1 sudu tepung jagung
(dibancuh dengan air)
Sos cili
Sos tomato
Kicap
Air (Ikut kita nk
kuah banyak mana.. selalunya kita ikut sesedap rasa)
* Ditumbuk terlebih
dahulu
* Ayam dan daging
direbus dahulu
CARA-CARA
MEMBUATNYA:
Pertama sekali
tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.
Selepas itu masukkan
cili boh dan kacau semuanya sehingga benar-benar masak. Kalau tak masak cilinya
nanti sakit perut. Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.
Selepas itu masukkan
pula perasa, gula dan garam. ( sukatan mengikut citarasa anda) Masukkan semua
sayur lobak merah, kobis dan baby corn. Kemudian masukkan mee.
Selepas itu masukkan
sos tomato dan sos cili. Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga
serata.
Akhir sekali masukkan
kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin) Kacau semula
hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.
Setelah siap,
bolehlah menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis
atau sebagainya.
No comments:
Post a Comment