BAHAN-BAHAN:
20 ekor udang
sederhana besar
1-2 papan petai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3-5 sudu besar
tempoyak
5-10 biji cili padi
(kalau tak suka pedas kurangkan)
Air (untuk pekat atau
cairkan kuah jika perlu)
1 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit
Garam dan gula
secukup rasa
CARA-CARANYA:-
Kupas kulit udang,
basuh dan toskan. Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan
juga kunyit hidup
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tempoyak
dan juga air. Biar hingga menggelegak dan kuah likat mengikut tahap yang anda
gemari.
Kecilkan api dan masukkan udang, petai, garam dan gula
sekiranya perlu. Masukkan juga daun kunyit yang telah dibasuh dan telah dihiris
nipis atau disiat dua sahaja.
Biar mereneh seketika. Masukkan garam dan gula secukup
rasa.
No comments:
Post a Comment