BAHAN-BAHAN :
700gm tepung gandum
20 tangkai lada
kering - tak suka pedas boleh kurangkan
2 labu bawang besar
1 gengam ikan bilis
2 sudu kecil jintan
halus
1 sudu kecil jintan
kasar
1/4 cwn minyak masak
- panaskan
2 sudu besar majerin
200ml santan
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
daun kari - hiris
CARA CARA
Kisar halus semua
bahan kasar. Kisar guna santan yg 200ml tu. gaul ramas tepung dgn majerin,
tuang minyak panas dan gaul sebati.
Uli tepung dgn semua
bahan kisar, dan perasakan dgn garam. Uli hingga menjadi doh.
Buat bebola kecil,
kalau guna mesin mee, mula2 leperkan dgn no paling besar lps tu akhir sekali
baru masukkan ke no second last paling kecil, pastu masukkan pulak ke bhg yg
mata lebar. Guna tangan pun boleh.
Goreng dlm minyak
panas guna api sederhana. Sambil tabur lg daun kari utk bau yg lebih mengancam.
Sudah nampak garing angkat, dah sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara ye.
No comments:
Post a Comment