Wednesday, April 10, 2019

PHAT KAPHRAO GAI (THAI CHICKEN BASIL)

Phat kaphrao (Bahasa Thai:ผัดกะเพรา, disebut [pʰàt kā.pʰrāw]; selasih goreng), juga dieja pad krapow, pad kaprao, ialah salah satu hidangan à la carte Thai yang paling popular. Dengan beberapa akuan, phat kaphrao dimasukkan sebagai sebahagian daripada mandat budaya Thailand oleh Perdana Menteri Plaek Phibunsongkhram semasa Perang Dunia II. Phat kaphrao, serta pad thai, adalah salah satu hidangan yang digalakkan dalam pertandingan makanan Thai tempatan.phat kaphrao diilhami oleh penggorengan kilas iaitu proses masakan orang Cina. Sebahagian daripada empat orang yang terselamat dari gua Tham Luang meminta phat kaphrao sebagai hidangan pertama mereka selepas dua minggu terperangkap di dalam gua itu

BAHAN BAHAN
  • 500gm isi ayam (cincang sendiri.  Bukan beli ayam cincang ramly tu taw. Nak ganti daging pun boleh)
  • 5 ke 6 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 6 ke 7 biji cili api (cincang halus. Nak extra pedas, tambah lagi)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2+1/2 sudu sos tiram
  • Kicap manis secukup rasa
  • 1 paket Serbuk Nasi Goreng Ayam Adabi
  • Segenggam penuh daun selasih

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan Minyak. Tumis Bawang Putih & Cili Api Sampai Garing.
  • Masukkan Isi Ayam. Kacau Sampai Separuh Masak.
  • Masukkan Sos Tiram, Kicap Manis & Serbuk Nasi Goreng Ayam. Kacau Rata Sampai Ayam Masak.
  • Masukkan Daun Selasih. Kacau. Tutup Api Bila Daun Selasih Layu. Makan Dgn Nasi Panas + Telur Mata Goyang + ulam timun. Done.




No comments:

Post a Comment