Tuesday, April 09, 2019

RESEPI APAM BALIK

BAHAN BAHAN

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan gula*
1 sudu kecil yis*
1/2 cawan air suam*
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecik soda bikarbonat
sedikit garam
1biji telor saiz kecik
1 cawan susu segar (kalau takde boleh je taruk air kosong)
bahan tabur
jagung
kacang tanah disangrai dan ditumbuk kasar
gula
sedikit marjerin utk disapu pada permukaan apam balik setelah masak

CARA-CARA
Bahan bertanda gula, yis dan air suam di campur dlm satu cawan..tutup permukaan cawan dan biarkan 5 minit dah naik berbuih blh dicampur dlm adunan tepung nanti.

Pecahkan telor kacau dgn whisk hingga berbuih dan campur semua bahan2 di atas dan kacau hingga sebati dan tuang campuran yis tadi dan kacau sebati

Biarkan dlm 30 minit dan boleh dioles pada permukaan pan nonstick (tak perlu sapu minyak ye)dlm 1 senduk atau lebih sikit...

Api dapur hanya guna api perlahan sahaja ye utk elakkan ia hangus ... nampak dah separuh kering bolehla tabur gula, jagung dan kacang tanah. dah masak lipat dua..

Dah siap masak boleh sapu sikit marjerin pada kulit apam balik

No comments:

Post a Comment