Wednesday, April 10, 2019

PUDING BISKUT MARIE

BAHAN-BAHAN :-

200 gram Roti Marie
10 gram Agar-Agar Serbuk
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan tepung kastard
1 biji telur
1/2 buku Buttercup
6 sudu besar serbuk koko
8 sudu besar Milo
1/4 sudu kecil esen vanilla

CARA PENYEDIAAN :-
1.  Blender susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla & tepung kastard.  Ketepikan.

2.  Bancuh serbuk koko + Milo dgn sedikit air suam.  Ketepikan.

3.  Masak serbuk agar2 dgn air hingga serbuk agar2 larut dan mendidih.

4.  Masukkan Buttercup dan kacau hingga Buttercup cair.

5.  Masukkan bahan2 yg di"blender" dan kacau hingga sebati.  Masa ni api kena perlahan kerana adunan ni akan menjadi pekat.  Sentiasa kacau.

6.  Masukkan serbuk koko & Milo yg tlh dibancuh td.  Kacau hingga sebati dan tiada ketulan.  Masak hingga ada meletup-letup.  Ini menandakan puding telah masak.  Tutup api.

7.  Alas loyang 7" x 7" dgn plastik.  Lebihkan di bhgn kiri dan kanan supaya senang hendak mengeluarkan Puding dr loyang nanti.

8.  Masukkan adunan puding (lapisan koko).  Ratakan keseluruhan loyang.

9.  Susun Roti Marie satu persatu di atas lapisan koko.  Boleh patahkan sedikit jika ada ruang yg kosong.

10.  Masukkan adunan puding (lapisan koko) lg.  Susun Roti Marie spt tadi.

11.  Ulang proses yg sama sehingga habis.  Pastikan di atas sekali, mesti lah lapisan koko.

12.  Sejukkan.Bila sudah sejuk, simpan dlm peti ais sekurang-kurangnya 4 jam.  Sedap dimakan sejuk2.

No comments:

Post a Comment