BAHAN-BAHAN
2 cawan Tepung Naik
Sendiri, diayak
1 - 1 1/2 cawan Fresh
Blueberries
1 1/3 cawan Gula
Kastor
150 grams Salted
Butter, dicairkan dan biarkan sejuk
3 biji telur Gred A
100ml Buttermilk
(Jika tiada Buttermilk boleh cuba buat Homemade Buttermilk. Caranya Danish
sudah sertakan dibawah resepi ini)
Parutan halus Lemon
Zest dari sebiji Lemon (pastikan jangan parut kulitnya sehingga kebahagian
putih, nanti pahit)
Lemon Jus dari sebiji
Lemon
CARA PENYEDIAANNYA:-
Preheat oven pada
suhu 160°C. Gris baking tray dengan butter dan tepung. Boleh guna baking tray
biasa saiz 9 inci atau bundt pan.
Ambil 1 sudu besar
tepung naik sendiri dari yang telah diayak dan taburkan dalam bekas berisi
blueberry, gaul rata (Ini untuk mengelak blueberry tenggelam sewaktu proses
membakar). Dalam mixing bowl masukkan tepung naik sendiri, gula, melted butter,
telur, lemon jus, lemon zest dan buttermilk.
Kacau menggunakan
senduk kayu sehingga semua rata dan sebati tapi jangan overmix, nanti cake
menjadi kering. Akhir sekali masukkan blueberry dan dikacau perlahan dan
sebentar saja. Kemudian tuangkan kedalam pan yang telah disediakan.
Bakar selama 30-40
minit atau hingga cake masak. Blueberry Lemon Cake ini akan lagi sedap dimakan
selepas disimpan semalaman. Simpan dalam bekas kedap udara.
(NOTA: Cara membuat
homemade buttermilk: 1 sudubesar lemon jus dituang kedalam measuring cup (1
cup) dan tuang fresh milk hingga penuh, dikacau, kemudian biarkan sekurangnya
selama 5 minit sebelum digunakan)
No comments:
Post a Comment