Makaroni Bakar
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
BAHAN A
300 g daging kisar
1 ulas bawang putih
(Dicencang halus)
1 labu bawang holland
(Dipotong dadu)
10 biji cendawan
butang (Dipotong kecil)
3 biji tomato
(Dipotong dadu)
1 biji capsicum
merah (Dipotong dadu)
1 biji capsicum
hijau (Dipotong dadu)
1 biji capsicum
kuning (Dipotong dadu)
1 sudu teh serbuk
lada sulah
1 sudu makan minyak
jagung
Garam secukup rasa
BAHAN B (SOS PUTIH)
1 sudu makan minyak
jagung
1 sudu makan tepung
gandum
½ cawan susu segar
BAHAN C
½ paket makaroni
(Direbus sehingga lembut)
125 g keju cheddar
(Diparut)
5 biji telur
1 cawan susu segar
50 g daun parsli
(Dicencang)
1 sudu makan minyak
jagung
CARA CARA
CARA MEMBUAT INTI
Panaskan minyak
jagung, kemudian tumis bawang putih dan bawang holland.
Masukkan daging
kisar, cendawan butang, tomato, garam dan serbuk lada sulah. Kacau rata
sehingga daging masak. Masukkan semua capsicum dan kacau rata. Ketepikan.
CARA MEMBUAT SOS
PUTIH
Panaskan minyak
jagung di dalam kuali lain kemudian masukkan tepung gandum. Kacau rata.
Masukkan susu dan kacau sehingga sebati, kemudian ketepikan.
CARA MEMBUAT
MAKARONI
Sapukan minyak jagung
di dalam mangkuk tahan panas.
Kemudian masukkan
makaroni rebus dan bahan inti. Tuangkan sos putih ke dalam mangkuk yang berisi
makaroni dan inti. Kacau rata telur dan susu segar.
Masukkan ke dalam
mangkuk yang berisi makaroni dan taburkan keju cheddar dan daun parsli. Bakar
di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 180ÂșC selama 30 minit ataupun
sehingga keju keperangan. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment