Tuesday, April 09, 2019

RESEPI ROTI PURI & SAMBAL SARDIN



BAHAN BAHAN
500 gram tepung gandum
8 gram yis (Mauripan @ dll)
2 sudu besar marjerin@butter
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 gram/ml air suam

CARA CARA
Satukan gula kastor, marjerin@butter dan air suam. Kacau sehingga gula larut sedikit.

Masukkan semua bahan kering dan curah bahan yang telah dibancuh tadi.

Uli menggunakan tangan@mesin penguli sehingga menjadi doh yg licin.Boleh tambah sedikit tepung jika perlu.

Rehatkan 10 minit (tutup dgn plastik@kain) dan selepas itu bolehlah di bentukkan bulat dan biarkan seketika utk doh mengembang sedikit.

Canai doh dan boleh digoreng. Jangan terlalu tebal@nipis. Semasa menggoreng api sederhana kuat dan sentiasa simbah minyak panas atas roti supaya roti menggelembung. Goreng sehingga kekuningan .

RESEPI SAMBAL SARDIN
1 tin sardin
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang Holland*
4 biji cili padi* (nak kurang pedas boleh kurangkan)
2 biji cili merah*
3 inci halia*
2 biji kentang (dadu)-optional
Asam jawa
Garam
Serbuk perasa
Bahan bertanda*-hiris nipis

CARA CARA
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, bawang Holland, halia, cili padi dan cili merah. Setelah naik bau masukkan kentang.

Masukkan ikan sardin. Hancurkan ikan tersebut. Masukkan asam jawa, garam dan serbuk perasa.- sesedap rasa.

Masak sehingga kentang empuk. Siap. Selamat Menjamu Selera.

No comments:

Post a Comment